Surprise Me!

Banjir | Jumlah ganti sijil kelahiran meningkat

2022-12-29 0 Dailymotion

Jumlah penggantian dokumen sijil kelahiran akibat banjir di seluruh negara meningkat kira-kira tujuh kali ganda pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusof berkata pada tahun lepas, pihaknya merekodkan sebanyak 1,046 kes dan jumlah itu meningkat kepada 7,808 pada tahun ini.